'Kalau sengkek pergi potong kat mamak je lah' - Lelaki cabut lari lepas dicaj RM890 di salon rambut Bukit Bintang | The Reporter

‘Kalau sengkek pergi potong kat mamak je lah’ – Lelaki cabut lari lepas dicaj RM890 di salon rambut Bukit Bintang

Sumber gambar : Eddy Teller

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki didakwa melarikan diri selepas mendapatkan perkhidmatan di sebuah salon sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang. Caj yang dikenakan atas perkhidmatan lelaki tersebut adalah sebanyak RM890.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu pada awalnya sudah membuat tempahan melalui mesej. Selesai sahaja urusan tersebut, lelaki ini ingin membuat pembayaran, namun didapati kad bank dimiliki lelaki itu tidak dapat digunakan.

Pemilik salon kemudiannya mencadangkan agar pelaku untuk mengeluarkan wang tunai di ATM berdekatan. Namun, kelibat lelaki berkenaan tidak muncul-muncul.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 13 November lalu dan laporan polis dipercayai telah pun dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi.

Di dalam hantaran tersebut turut dimuat naik rakaman televisyen litar tertutup dan tangkap layar perbualan mesej antara lelaki berkenaan bersama pemilik salon.

“Budak ni dah tipu anak saudara saya, buat rambut di salon sampai RM890 lepas tu lari tak bayar. Laporan polis dah dibuat di IPD Dang Wangi.

“Kepada sesiapa yang kenal mamat ni, minta dia pergi balik salon yang dia buat rambut hari tu bayar jumlah tersebut dan buat video permohonan maaf.

“Tak pasal-pasal orang lain kena tanggung kos kau buat rambut. Nak bergaya tapi menipu. Kalau ‘sengkek’ pergi potong kat mamak je lah. Tak berkat pun kau lari dah buat rambut,” tulisnya.

Difahamkan, sehingga ke hari ini isu ini masih belum selesai.

Sumber: Facebook Eddy Teller

Related Posts