'Kalau makanan viral sanggup berpanas & beratur panjang, tapi bila kat hospital mengeluh' - Netizen kritik geng FOMO - The Reporter

‘Kalau makanan viral sanggup berpanas & beratur panjang, tapi bila kat hospital mengeluh’ – Netizen kritik geng FOMO

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebut sahaja makanan viral, ramai yang tidak melepaskannya. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan tersebut samada sedap seperti yang diiklankan atau sebaliknya.

Keadaan ini juga dilihat seperti istilah FOMO (Fear Of Missing Out) iaitu individu yang tidak akan melepaskan peluang dan tidak mahu dicop sebagai orang yang ketinggalan.

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan sikap masyarakat yang tidak mengeluh apabila beratur panjang dan berpanas semata-mata untuk mendapatkan makanan viral.

https://twitter.com/Cool_Wannabe82/status/1748971487753875802?s=20

Sebaliknya, apabila diminta untuk beratur dan menunggu semasa mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan, mereka mula mengeluh dan bermacam-macam kritikan diterima.

Ada yang mengatakan perkara tersebut merupakan situasi bertentangan di mana satu situasi menunjukkan kehendak yang perlu ditunaikan manakala satu lagi situasi dalam kesakitan yang boleh mengundang kemarahan.

Di ruangan komen, ada yang lebih mengambil sikap JOMO (Joy Of Missing Out) yang bertentangan dengan sikap individu FOMO. JOMO individu yang tidak mementingkan perkara-perkara tular seumpamanya.

Antara lain di ruangan komen mengatakan perbuatan seperti individu FOMO lebih membazirkan masa dan tenaga.

Sumber: Prince Yoshiro

Total
0
Shares
Total
0
Share