'Kalau korang jumpa saya dalam hidup, jangan minta saya nyanyi lagu ketiak' - Leona | The Reporter

‘Kalau korang jumpa saya dalam hidup, jangan minta saya nyanyi lagu ketiak’ – Leona

Kasih Iris Leona

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kasih Iris Leona, anak bongsu kepada pelakon veteran Azhar Sulaiman, baru-baru ini telah pulang ke Malaysia.

Leona yang aktif di TikTok, telah berkongsi pengalamannya yang tidak disangka-sangka apabila dia ditegur oleh beberapa individu yang tidak dikenali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Leona, individu berkenaan memaklumkan dia mengenalinya daripada video tular lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ dan kemudian meminta Leona menyanyi sedikit lagu tersebut sambil dirakam.

“Bila saya landing di Malaysia, tak sangka ramai kenal saya. Bila keluar dari pesawat, orang tegur ‘Leona! Awak Kasih Iris Leona kan?’.

“Macam mana dia tahu nama penuh saya? Lepas tu dia kata nampak video saya nyanyi. Kemudian dia pegang phone dan minta saya nyanyi sedikit lagu Ketiak (Ketipak Ketipung Raya),” katanya.

Bagaimanapun, Leona dipercayai menolak permintaan individu berkenaan kerana malu berbuat demikian di tempat awam.

Jelas Leona, walaupun dia seorang yang periang dan gila-gila di media sosial, tetapi di tempat awam dia menjaga kelakuannya.

“I agak malu. Korang please, kalau korang jumpa saya dalam hidup, (jangan rakam) depan-depan muka dan suruh saya nyanyi. Saya tahu dalam TikTok saya nampak gila, actually dalam real life pun saya gila-gila.

“Tetapi saya rasa agak malu kerana saya tak nak orang lain fikir saya gila. Korang rasa apa yang orang lain akan fikir apa kalau saya menyanyi Ketiak ketipung bawang, ketiak awak bau ke sayang.

“Kalau I orang normal akan fikir, budak ni gila ke?” katanya.

Related Posts