Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan yang juga pempengaruh, Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe, dalam hantaran terbaru di TikTok berkongsi mengenai anak lelakinya dibuli rakan sekolah.
“Terima kasih sebab try hard ganggu mental kami. Cari salah anak kami, sedangkan anak tuan puan dulu angkat tangan mengaku buat anak kami.
“Malu rasanya. Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik adn kuat seperti saya,” katanya.
Menurut Kieda, disebabkan masalah itu, anaknya kini ditempatkan di kelas baru.
“Kalau ada kawan-kawan yang mengejek, ambil barang-barang abang lagi, abang jangan pergi pukul mereka. Kalau mereka kata crepe mak tak sedap, muka mak tak lawa, mak hitam, jangan peduli. Pergi beritahu cikgu, jangan buat apa-apa pada mereka.
“Kalau abang buat apa-apa pada mereka yang kemudian mengadu pada mak masing-masing, nanti mereka kata dalam group, abang yang mulakan dulu. Sedangkan sama-sama sakitkan hati orang. Faham? Janji dengan ibu,” katanya.
Dalam pada itu, Kieda turut menasihatkan anaknya untuk bersabar walau apa pun jua keadaannya sama ada diejek atau orang bercakap buruk mengenainya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang bertindak mengusik Kieda sehingga melibatkan anaknya.
“Takat mak saja kena sudah la. Sampai anak pun kena juga, teruk betul la oran gkita ni. Kesian budak tu,” kata Inamarrina.
“Jangan ganggu mental budak-budak. Kenapalah mak pak tak boleh nakbentuk bahasa budak-budak? Jangan suka guna alasan ‘Biasalah budak-budak,” kata Dapoqsha.








