Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
PUTRAJAYA – “Pusing sana, pusing sini, cikgu jugalah yang dipersalahkan. Makin bijak orang, makin teruk persepsi dan andaian terhadap cikgu,” demikian luahan laman Saya Suka Jadi Cikgu, mengenai sebuah buku yang disiarkan di laman Utusan Malaysia, Jumaat lalu.
![]() |
| Profesion Keguruan: Peranan Etika Kerja Dalam Mendisiplinkan Pelajar |
Kajian mendapati pengajaran guru tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran. Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar akan hilang semangat belajar dan mula ponteng sekolah.
- Kaedah pengajaran menarik membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu mata pelajaran tersebut. Pelajar tidak bosan untuk belajar, bahkan merasakan sesi pembelajaran berlalu dengan begitu cepat. Guru harus memastikan pelajar memahami apa yang telah diajarnya dalam kelas.
- Guru perlu mengelak memberi kerja sekolah terlampau banyak sehingga pelajar tidak dapat menyiapkannya. Pelajar tidak akan membuat kerja yang mereka sendiri tidak faham untuk melakukannya.
- Guru seharusnya berusaha mewujudkan hubungan baik dengan semua pelajar tak kira mereka pandai atau sebaliknya. Elakkan amalan pilih kasih antara pelajar kerana tindakan itu akan menyebabkan ada yang merasakan diri mereka disisihkan.
“Siapa yang tulis artikel ini? Nak menarik, sila masuk sarkas. Dah budak-budak sekarnag lebih berminat nak melayan benda lain, kita (warga pendidik) pula dipersalahkan,” kata Ramzu Zahini Abdul Aziz.










