Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kadar obesiti di Malaysia merupakan bukti bahawa rakyat di negara ini tidak susah disebabkan ekonomi. Ini kerana ramai yang ‘terlebih makan’, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN) Kinabatangan) di Dewan Rakyat semalam, lapor Astro Awani.
“Mana ada ini macam? Saya tidak mahu cakap negara jiran atau mana-mana, kalau kita pergi dan kalau Ahli Parlimen Batu (Tian Chua – PKR) tidak percaya, ikut saya dan saya bawa.
“Rakyat dia mencari sesuap nasi dalam tempat pembuangan sampah. Beratus-ratus, beribu-ribu orang mencari makan. Di Malaysia mana ada? Ada ke? Tidak ada.
“Tetapi kalau pembangkang tidak percaya, empat lima orang Yang Berhormat ikut saya. Saya bawa, (ke) dua tiga negara yang orang mencari makan dalam tong sampah,” katanya.
Berdasarkan laporan yang diterbitkan sebuah media tempatan pada April 2017, sebanyak 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.
Masalah ini berlaku adalah kerana pengambilan makanan yang terlalu berlebihan. Ia turut diburukkan lagi oleh kecenderungan kepada makanan manis sejak usia muda lagi.








