Jurutera didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna pen kamera | The Reporter

Jurutera didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna pen kamera

Seorang lelaki tunduk memakai pelitup muka, diiringi anggota polis dan peguam di Mahkamah Majistret Melaka.
Foto: Sinar Harian | Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan merakam video bogel bekas kakak ipar menggunakan pen kamera.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang jurutera yang juga duda kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merakam video bogel bekas kakak iparnya menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen di dalam tandas rumah bekas isterinya.

Lapor Sinar Harian, tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan dan menggugat kesantunan wanita terbabit, berusia 40 tahun.

Menurut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan sekitar pertengahan Jun tahun lalu kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah di Tanjung Kling. Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000, namun peguam tertuduh merayu jumlah lebih rendah kerana tertuduh perlu menanggung dua anak kecil serta ibu bapanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki diburu selepas dipercayai merakam video mandi isteri, kakak ipar dan anak saudara menggunakan pen kamera. Perbuatan itu terbongkar apabila isterinya menemui alat tersebut dalam beg milik lelaki berkenaan sebelum mereka bercerai pada Januari lalu.

Sumber memaklumkan wanita terbabit turut menemui beberapa rakaman video tidak senonoh dalam komputer riba dan telefon bimbit bekas suaminya, termasuk video kakaknya yang dirakam secara curi-curi dalam bilik tidur dan bilik air.

Related Posts