Jurufoto dakwa pegawai polis buat isyarat lucah ketika bertugas | The Reporter

Jurufoto dakwa pegawai polis buat isyarat lucah ketika bertugas

Jurufoto dakwa pegawai polis buat isyarat lucah
Sumber gambar: Byints

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang jurufoto dikenali sebagai Byints mendakwa seorang pegawai polis membuat isyarat lucah ketika dia sedang menjalankan tugas merakam gambar dalam satu protes baru-baru ini. Insiden itu berlaku semasa pegawai polis tersebut sedang bertugas dalam pakaian seragam.

Menurut Byints, kejadian berlaku ketika dia berdiri di tangga jejantas berhampiran lokasi protes. Pegawai berkenaan dipercayai mengulang isyarat tersebut beberapa kali bagi memastikan mangsa menyedarinya. Lebih mengecewakan, seorang pegawai lain yang berada di sebelah hanya ketawa dan tidak mengambil sebarang tindakan.

Byints mendakwa tindakan itu jelas tidak profesional dan bersifat gangguan seksual terhadap orang awam.

“Saya berada di situ untuk merakam protes yang bertujuan menyuarakan hak asasi manusia, tetapi pegawai ini melayan saya seperti objek seksual. Ini bukan perkara yang patut dibuat main,” katanya.

Jurufoto itu turut berkongsi bukti rakaman gambar insiden tersebut dan mendedahkan nama pegawai itu yang tertulis pada tag seragamnya sebagai Faris.

Kejadian ini mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan pengguna mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pegawai terbabit bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Related Posts