JPJ tidak pernah beri kelulusan kepada Bjak untuk renew roadtax - The Reporter

JPJ tidak pernah beri kelulusan kepada Bjak untuk renew roadtax

Foto : Car RC

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menegaskan syarikat BJAK Sdn Bhd (BJAK) yang menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai tidak mendapat kelulusan dari pihaknya atau Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

BJAK dikatakan telah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui laman web dan media sosial, termasuk tawaran pembaharuan ‘roadtax’ secara dalam talian (online) dan program pemberian cukai jalan secara percuma.

Namun, JPJ menegaskan kenyataan BJAK mengenai kelulusan JPJ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

Selain itu, JPJ turut menerima beberapa aduan daripada orang awam, termasuk isu tempoh sah laku cukai jalan yang tidak dikemas kini dan caj tambahan yang dikenakan oleh BJAK semasa memperbaharui cukai jalan. Sedangkan JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan oleh BJAK.

Orang ramai digalakkan untuk melakukan urusan memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ iaitu Pos Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM sahaja.

JPJ menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah, untuk mengelakkan penipuan dan kerugian.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!