'JPJ takde panggil pun, sudah-sudahlah, orang Malaysia dah bosan dengan cerita saya' - Opai - The Reporter

‘JPJ takde panggil pun, sudah-sudahlah, orang Malaysia dah bosan dengan cerita saya’ – Opai

Opai nafi JPJ panggil dirinya berikutan tindakannya mempamerkan nombor plat bukan miliknya di kenderaan McLaren.

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai semalam menafikan laporan berita yang mengatakan dia menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta mewah, McLaren yang didakwa bukan miliknya.

Dalam laporan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik McLaren tampil membuat laporan.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108 (3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro.

Tetapi Opai membidas laporan itu yang dikatakan sengaja menggunakan namanya untuk menarik perhatian netizen mengecamnya.

“So.. yang naik dekat Harian Metro b#### ini kan, JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai, JPJ tak ada pun call. Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan pun, ini penjelasan saya lah.

“Biasalah orang kahwin, pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik-cantik, letak nama sendiri ke apa kan. Jadi benda ini dah kahwin pun dah hampir setengah tahun dah. Viral, dah viral lama dah.

“So janganlah kata kononnya JPJ panggil apa jadah semua. Di atas jalan raya tak pakai pun nombor plat tu.

“So saya rasa, sudah-sudahlah. Orang Malaysia pun dah bosanlah dengan cerita Opai. Korang nak pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus,” katanya.

Terdahulu Fatin Afeefa mendakwa suaminya dimasukkan ke hospital kerana cedera akibat dipukul oleh Geng Honda. Tetapi dinafikan oleh netizen yang mendakwa Opai hanya menjalani pembedahan membuang bisul di tangannya, berdasarkan perkongsian Opai sendiri di Instastorynya semalam.

Sumber: Harian Metro, Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!