Fatin Afeefa padam gambar Opai di Instagram selepas upload video sindir suaminya? - The Reporter

Fatin Afeefa padam gambar Opai di Instagram selepas upload video sindir suaminya?

Fatin Afeefa padam gambar suaminya daripada akaun Instagram, dipercayai berkaitan dengan video sindiran terhadap Opai.
Opai dan Fatin Afeefa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Minggu lalu, seorang trader sensasi, Opai atau Aliff Awang, dikatakan menghina pemilik kenderaan Honda, Mercedes Benz dan Ford Mustang yang dianggap seperti najis, dalam video yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian kerabat diraja yang kemudian membuat teguran terhadap Opai agar tidak terlalu angkuh. Ekoran itu, Opai tampil memohon maaf dan menjelaskan video itu hanya diterbitkan untuk gurauan bersama rakan-rakannya.

Tidak terkecuali, isteri Opai sendiri, iaitu pelakon Fatin Afeefa, turut menyindir suaminya menerusi hantaran video di TikTok di mana dia kurang bersetuju dengan kenyataan Opai.

“Okay baru-baru ini ada satu video viral, ada seorang lelaki menghina orang yang memandu kereta Honda, Mustang yang dikatakan bukan dalam kategori ‘Supercar’.

“Bagi saya tak patutlah, memang tak patut. Terutama merendah-rendahkan orang. Kena fikir anak, bini. Kesian siapa bini dia itu. Huh!” katanya dalam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@fatinafeefa8/video/7242182902002224386?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7236692320073664001

Dalam video itu, Fatin turut menayangkan kereta Mercedes Benz miliknya. Malah, Fatin menawarkan pemberian produknya secara percuma bagi sesiapa yang menghantar gambar swafoto bersama kereta Honda, kepadanya.

“Honda pekak, AMG, Mustang semua najis dia cakap. Kita pun dinajiskannya. Tak apa, geng Honda hantar ‘selfie’ bersama Honda. Fa nak belanja 100 box produk,” katanya yang membuatkan netizen terhibur.

Bagaimanapun, Fatin dikatakan telah memadamkan gambar-gambar Opai daripada Instagramnya dan begitu juga sebaliknya daripada pihak sebelah sana.

Semakan pada Instagram Fatin tidak menemui sebarang gambar/video Opai, yang dipercayai telah dipadamkan susulan penerbitan video dirinya ‘menyindir’ Opai berhubung isu melabelkan kenderaan jenama Honda, Mercedes Benz dan Ford sebagai najis.

Sumber: Instagram & TikTok Fatin Afeefa

Total
0
Shares
Total
0
Share