Johan qariah negara, Farhatul Fairuzah selamat diijabkabulkan | The Reporter

Johan qariah negara, Farhatul Fairuzah selamat diijabkabulkan

Sumber Gambar: Ashraf Alam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, atau lebih dikenali sebagai Farha selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri pada Sabtu.

Tampil manis, anggun dan segak mengenakan busana putih, pasangan berkenaan dinikahkan oleh abang kepada pengantin perempuan.

Sumber Gambar: Ashraf Alam

Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak satu dinar emas.

Majlis akad nikah yang disiarkan secara langsung di TikTok itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti dan juga pendakwah.

Sumber Gambar: Ashraf Alam
Sumber Gambar: Ashraf Alam

Dalam pada itu, Farha menzahirkan rasa syukur dengan kelancaran majlis hari bahagianya dan turut memohon orang ramai mendoakan perkahwinan mereka.

“Doakan kami Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri, semoga hubungan dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga

“Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini menjadi lebih bermakna,” tulisnya di Instagram.

Related Posts