'Jika rayuan subsidi diesel ditolak, benarkan kami naikan harga perkhidmatan' - Pengusaha bas persiaran | The Reporter

‘Jika rayuan subsidi diesel ditolak, benarkan kami naikan harga perkhidmatan’ – Pengusaha bas persiaran

Foto hiasan sahaja | Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengusaha bas persiaran pelancong menggesa kerajaan mempertimbangkan permohonan mereka untuk mendapatkan subsidi diesel atau membenarkan mereka menaikkan harga perkhidmatan.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Mint Leong berkata, peningkatan kos operasi akibat penghapusan subsidi diesel boleh membawa kepada kerugian bagi pengusaha. Sedangkan industri pelancongan adalah salah satu penyumbang utama kepada hasil dan pendapatan negara.

MITA berharap kerajaan mempertimbangkan permohonannya atau mereka terpaksa menaikkan harga perkhidmatan yang boleh memberi kesan kepada industri pelancongan.

MITA telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, merayu agar sektor mereka dimasukkan dalam senarai penerima subsidi diesel.

Peningkatan harga diesel sebanyak RM1.20 seliter akan meningkatkan kos operasi pengusaha secara mendadak kerana bas mereka beroperasi setiap hari dan menggunakan kira-kira 3,800 liter sebulan.

Pengusaha kini terpaksa menanggung kerugian antara RM200 hingga RM250 sehari disebabkan pengapungan harga diesel yang bermula Isnin pada kadar RM3.35 seliter.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata, kerajaan tidak berhasrat memberikan subsidi diesel kepada pengusaha bas persiaran kerana sebahagian besar perkhidmatan mereka digunakan oleh pelancong asing.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts