JAWI diminta siasat dakwaan pembesar suara kuat sebuah masjid di Keramat | The Reporter

JAWI diminta siasat dakwaan pembesar suara kuat sebuah masjid di Keramat

Sumber Gambar: Tangkap Layar video X

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular baru-baru ini seorang pengguna media sosial jaringan X mempersoalkan tindakan sebuah masjid di Keramat, Kuala Lumpur yang menggunakan pembesar suara dengan kuat semasa menyampaikan kuliah agama sehingga disifatkan sebagai menganggu penduduk setempat.

Menerusi hantaran tersebut juga, beliau mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan, namun tiada tindakan susulan.

Sehubungan dengan itu juga, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan meminta agar pihak berkuasa menyiasat isu penggunaan pembesar suara berkenaan dan menegaskan bahawa perkara ini harus ditangani secara berhemah tanpa mengganggu keharmonian masyarakat.

Beliau memaklumkan bahawa aduan mengenai isu tersebut sudah diterima, dan siasatan akan dilakukan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

“Siasatan dan semakan akan dibuat. Kita sudah ada pihak berautoriti dengan kerangka kerja serta bidang kuasa yang jelas. Apa-apa isu yang timbul, kita tangani sebaik mungkin agar tidak mengganggu ketenteraman. Insya-Allah, kita akan selesaikan secara berhemah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar semua pihak, termasuk pengurusan masjid, sentiasa menjaga keharmonian masyarakat meskipun dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

“Sebarang isu atau permasalahan perlu dirujuk kepada pihak berautoriti supaya aktiviti yang dilakukan tidak menimbulkan sensitiviti masyarakat. Kita perlu mempertimbangkan kesan setempat sebelum bertindak, walaupun tujuannya baik,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts