'Jangan jadi menantu hantu' - Kak Leha titip pesanan buat perantau pulang ke kampung - The Reporter

‘Jangan jadi menantu hantu’ – Kak Leha titip pesanan buat perantau pulang ke kampung

Menyambut lebaran bukan sekadar melengkapkan keperluan raya seperti set persalinan baju raya, kuih muih, barangan rumah dan sebagainya. Tetapi, sikap ringan tulang dalam membantu membuat persediaan raya apatah lagi apabila beraya di kampung.

Baik lelaki atau perempuan tanpa mengira dimana mereka beraya, sikap tolong menolong harus diterapkan. Jika tidak, hanya individu-individu yang sama sahaja berpenat lelah dalam menguruskan semua perkara.

Perkara ini dengan lantang turut disuarakan oleh seorang wanita.

@zalehababa7

balik kg jgn bawak perangai acah2 kau lah terpaling diva

♬ original sound – Zaleha Baba – Zaleha Baba

“Nak ingatkanlah lelaki ke perempuan tak kisahlah balik rumah mentua atau balik rumah mak sendiri, jangan buat perangai tak semenggah. Ada yang sengaja balik petang raya. Sebab apa? Sebab malas nak masuk dapur, malas nak mengemas. Perangai setahun sekali.

“Kepada abang-abang kalau rasa malas sangat, letih kalahkan budak lima tahun puasa melingkar macam biawak. Tolong bangun jaga anak, pergi pasar ke, biar bina kau masuk dapur.

“Menantu perempuan pulak kalau nak balik rumah mentua jangan kau nak jadi datin, masuk dapur,” katanya.

Sementara itu diruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh wanita yang dipanggil Kak Leha. Kata mereka, memang wujud sikap sedemikian tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Sumber: Zaleha Baba

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!