'Tolong jangan buat andaian sendiri' - Isteri dedah suami mula meracau sebelum kejadian | The Reporter

‘Tolong jangan buat andaian sendiri’ – Isteri dedah suami mula meracau sebelum kejadian

Isteri mangsa merayu orang ramai jangan buat andaian sendiri.
“Tolong jangan buat andaian sendiri,” pesan isteri mangsa yang dedah suami mula meracau sebelum kejadian. | Sumber gambar: Malaysia Gazette

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, mendedahkan arwah suaminya mula meracau kira-kira dua minggu sebelum kejadian, termasuk mendakwa ada individu memburunya. Keadaan itu menyebabkan mereka berpindah dari rumah sewa di Padang Serai ke kediaman ibunya di Bertam demi keselamatan dan pemantauan lebih dekat.

Menurut Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, keluarga turut membawa arwah menjalani rawatan Islam dan hospital selepas melihat perubahan ketara pada tingkah lakunya.

Pada hari kejadian, arwah keluar ke kedai dobi tetapi tidak kembali. Nurul Natasha menerima panggilan daripada rakan suami sekitar pukul 8 malam Ahad lalu memaklumkan insiden di Jambatan Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah disangkanya akan berlaku.

Baca juga:

Sedang sarat hamil anak ketiga, Nurul Natasha merayu kepada orang ramai supaya tidak membuat andaian sendiri mengenai keluarga dan punca kejadian. Dia bimbang komen yang tidak benar boleh menjejaskan kesihatan mentalnya yang sedang melalui tempoh sangat sukar.

Katanya, mereka tidak pernah membincangkan hal rumah tangga dengan sesiapa, manakala arwah sendiri tidak pernah menceritakan secara jelas apa yang sedang ditanggungnya.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa dia kini hanya ingin menjaga kestabilan emosinya, terutama dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian selepas kehilangan bapa mereka secara tiba-tiba.

Media semalam melaporkan mayat Elmi Nu Zamani ditemukan terapung berhampiran jeti di Pengkalan Weld kira-kira pukul 9.35 pagi tadi, hampir 40 jam selepas dilaporkan terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.

Mayat mangsa dijumpai lengkap dengan seluar jeans dan kemeja-T putih sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses selanjutnya.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts