Janda guna pistol mainan rompak lima lelaki warga asing, dipenjara 9 tahun | The Reporter

Janda guna pistol mainan rompak lima lelaki warga asing, dipenjara 9 tahun

Janda rompak warga asing
Sumber gambar: Harian Metro, Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen Muar semalam menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap seorang ibu tunggal, Jamiyana Ab Aziz, 38, selepas mengaku bersalah merompak lima warga asing di Muar dan Tangkak, Ogos lalu.

Jamiyana didakwa bersama rakan lelakinya, Abd Aziz Alhaffiz Ali, 36, yang bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Kedua-dua mereka menghadapi enam pertuduhan merompak barangan berharga seperti wang tunai, barang kemas, dan telefon bimbit milik warga asing.

Menurut pertuduhan, mereka menyasarkan mangsa di kawasan pasar raya dan menggunakan pistol mainan untuk mengugut sebelum merompak barangan berharga. Kesalahan itu dilakukan dalam dua kejadian berasingan pada 5 dan 17 Ogos lalu.

Siasatan polis mendapati kedua-dua tertuduh melakukan jenayah itu untuk membeli dadah. Mangsa membuat laporan di balai polis Muar dan Tangkak, yang membawa kepada tangkapan mereka.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi tiga pertuduhan pertama dan lima tahun bagi tiga pertuduhan berikutnya, yang berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 19 Ogos. Abd Aziz pula dijadualkan untuk perbicaraan pada Januari depan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts