Jambatan utama Baltimore runtuh dirempuh kapal kontena kibar bendera Singapura - The Reporter

Jambatan utama Baltimore runtuh dirempuh kapal kontena kibar bendera Singapura

Satu video tular memaparkan sebuah jambatan utama di bandar Baltimore di Maryland Amerika Syarikat runtuh selepas dirempuh kapal kontena, semalam.

Kapal kontena yang dilaporkan membawa bendera Singapura itu menyebabkan kira-kira 20 mangsa terhumban ke dalam Sungai Patapsco. Bagaimanapun nasib mangsa-mangsa berkenaan belum diketahui.

Menerusi video berkenaan, kapal tersebut melanggar Jambatan Utama Farncis Scott serta meruntuhkan sebahagian struktur jambatan itu.

Beberapa letupan kecil juga kedengaran sejurus kejadian itu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba Baltimore, Kevin Cartwright, pihak mereka percaya pelbagai jenis kenderaan besar termasuk traktor melalui jambatan berkenaan ketika insiden berlaku.

Susulan tragedi itu, tindak balas kecemasan telah dilancarkan ke lokasi kejadian bersama pasukan penyelam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang mungkin terselamat.

Bagaimanapun, suhu sejuk melampau menyukarkan misi tersebut.

Sumber: Sinar Harian, news_hub365

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!