Jalan di Osaka dicat kuning untuk halang aktiviti pelacuran | The Reporter

Jalan di Osaka dicat kuning untuk halang aktiviti pelacuran

Jalan kuning halang pelacuran
Sumber gambar: Kyodo News

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam usaha mengurangkan aktiviti pelacuran, satu jalan di Kita Ward, Osaka telah dicat dengan warna kuning untuk menghalang pelacur daripada menunggu pelanggan di kawasan tersebut.

Cat kuning ini mula digunakan pada Disember lalu dengan harapan dapat memberi kesan psikologi, kerana ramai yang tidak suka berada di tempat yang terlalu menarik perhatian. Jika berjaya, langkah ini mungkin akan digunakan di kawasan lain yang menghadapi masalah sama.

Sepanjang tahun lalu, polis Osaka menahan 30 individu kerana melanggar Undang-Undang Antipelacuran ketika mereka dipercayai mencari pelanggan di kawasan yang dipenuhi hotel dan restoran. Namun, aktiviti pelacuran masih berterusan, dengan sekitar 10 pelacur dilihat di jalan itu setiap malam.

Penduduk tempatan mengadu aktiviti ini mencemarkan imej kawasan, sehingga ada yang mengambil keputusan untuk berpindah. Oleh kerana rondaan dan operasi polis kurang berkesan, kerajaan tempatan mencuba cara baru ini sebagai persediaan untuk Osaka-Kansai Expo 2025.

Menurut pakar, warna kuning terang yang digunakan pada jalan ini dapat mempengaruhi tingkah laku dan membuat orang berasa tidak selesa untuk berada lama di situ.

Selain cat kuning, jalan sepanjang 100 meter itu juga dihiasi dengan lukisan ikan berwarna-warni. Penduduk berharap usaha ini dapat membawa perubahan positif dan memperbaiki imej kawasan.

Sumber: Kyodo News

Related Posts