JAKIM sahkan minyak masak Nice Day mempunyai sijil halal | The Reporter

JAKIM sahkan minyak masak Nice Day mempunyai sijil halal

Gambar tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengesahkan minyak masak paket jenama Nice Day yang tular baru-baru ni memiliki sijil halal yang sah berkuatkuasa 16 Mac lalu.

Minyak masak Nice Day keluaran Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd itu tular kerana ditandakan dengan tulisan ‘Non Halal’ pada paket minyak berkenaan.

Susulan itu, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkaitan isu tersebut.

“Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan melalui whatsapp dan media sosial berkaitan satu hantaran yang memaparkan gambar minyak masak jenama “Nice Day” yang ditandakan dengan perkataan “Non Halal” pada pek pembungkusan.

“Untuk makluman semua, pemeriksaan telah dijalankan oleh Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal JAIS sebelum ini di syarikat berkenaan yang terletak di Balakong, Selangor. Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahawa tiada tulisan ‘Non Halal’ ditemui pada pek pembungkusan minyak masak tersebut,” katanya.

Jelasnya, situasi tersebut berlaku berkemungkinan salah faham antara dua pihak.

“Situasi tersebut berkemungkinan berlaku akibat salah faham di antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk ketika produk tersebut tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

“Walaubagaimanapun, produk minyak masak jenama ‘Nice Day’ keluaran syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd kini telah mempunyai SPHM yang sah berkuatkuasa 16 Mac 2024 selepas SPHM terdahulu tamat tempoh pada Disember 2022,” tulis kenyataan itu.

Related Posts