Jake Paul berjaya tewaskan Mike Tyson - The Reporter

Jake Paul berjaya tewaskan Mike Tyson

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jake Paul mencatatkan kemenangan mengejutkan apabila menewaskan legenda tinju, Mike Tyson dalam pertarungan di Stadium AT&T, Arlington.

Paul yang merupakan seorang pempengaruh (Youtuber) yang kini bergelar petinju profesional memenangi pertarungan tersebut dengan catatan 80-72, 79-73, dan 79-73.

Perlawanan tersebut, yang diadakan dalam suasana penuh harapan dan spekulasi, menampilkan Tyson yang sudah lama bersara, berbanding dengan Jake Paul yang lebih muda dan mempunyai rekod perlawanan tinju yang belum sepadan dengan pengalaman Tyson. Walaupun begitu, Jake Paul memanfaatkan perlawananan dari segi tenaga dan kelajuan serta mengawal perlawanan dari awal hingga akhir.

Pertandingan itu menyaksikan Tyson, yang kini berusia 58 tahun, hanya berjaya melepaskan 18 tumbukan sepanjang perlawanan yang berlangsung, dan pencapaian itu dianggap sesuatu yang sangat mengecewakan bagi peminat tinju.

Keputusan pertarungan itu juga telah mengundang pelbagai spekulasi dan mengejutkan ramai pihak sehinggakan ada yang mengatakan Tyson tidak mampu lagi bersaing di peringkat tertinggi terutamanya apabila berdepan dengan petinju yang lebih muda.

Walaupun kedengaran beberapa sorakan sinis daripada penonton di stadium, namun rata-ratanya menikmati pertarungan tersebut dan turut memberi penghormatan kepada legenda, Mike Tyson.

Menerusi beberapa laporan, Paul dipuji kerana kemampuan beliau untuk mengatur perlawanan dengan penuh profesional, di samping memberikan penghormatan kepada idolanya, Mike Tyson.

Terdahulu, tular laporan mengatakan Mike Tyson bertindak menampar Paul ketika sesi bertemu mata pada semasa timbang berat di Arlington, Texas.

Sumber: espn, dailymail

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!