Jabatan Penjara Malaysia memulakan siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan seorang tahanan reman dipercayai meloloskan diri daripada kawalan polis di perkarangan Penjara Sungai Buloh.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan pihaknya sedang meneliti kesahihan rakaman berkenaan termasuk mengenal pasti sumber asal video yang tersebar di media sosial.
Menurutnya, aspek keselamatan di institusi pemulihan sentiasa menjadi keutamaan dan tidak akan dikompromi. Justeru, sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan ditambah baik bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.
“Jika terdapat unsur kecuaian atau pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.
Baca juga:
- Tun Mahathir, Siti Hasmah cipta rekod ASEAN dan Asia
- Warga emas maut disambar buaya ketika cari siput, anak saksikan detik tragis
- ‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH
Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu ketenteraman awam.
Terdahulu, seorang warga tahanan Pakistan yang melarikan diri dari penjara Sungai Buloh giat diburu.
Suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.








