Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dalam pertemuan dengan media di luar Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam, suami kepada Mizz Nina, Essam Mohammad menegaskan bahawa tiada anak tidak sepatutnya diambil daripada penjaganya tanpa kebenaran. Beliau menegaskan bahawa isterinya mempunyai semua dokumen sah untuk menjaga Musa.
Beliau turut menyifatkan tindakan Noh mendedahkan identiti ibu kandung Musa kepada umum juga sebagai tidak beretika. Tindakan itu bukan sahaja memalukan, tetapi juga berpotensi menjejaskan semua pihak yang terlibat.
Ada dokumen sah hak penjagaan
“Saya di sini mewakili isteri saya, Mizz Nina. Saya nak beri penjelasan bahawa tiada anak yang sepatutnya diambil tanpa kebenaran daripada penjaganya. Isteri saya mempunyai semua dokumen sah (hak penjagaan) untuk menjaga Musa.”
“Ibu kandung mana yang mahu seluruh Malaysia tahu anaknya diserahkan (kepada ibu bapa angkat)? Tiada ibu kandung yang mahu identiti mereka didedahkan. Ini memalukan, mengapa gunakan cara yang tidak beretika ini? Yang akhirnya akan menjejaskan semua pihak berkaitan.”
Tiada keperluan proses sulh
Menggulas mengenai keputusan Mizz Nina menarik balik tuntutan hak penjagaan Musa, Essam menjelaskan dalam situasi ini tiada keperluan untuk proses sulh kerana Mizz Nina adalah ibu yang menyusukan Musa dan beliau sendiri adalah suami kepada Mizz Nina, menjadikan beliau penjaga dan ketua keluarga ini.
“Apa yang penting sekarang adalah, tiada keperluan untuk proses sulh. Kalau ini adalah anak kandung, membabitkan perebutan di antara ibu bapanya, maka buatlah proses sulh.
“Tetapi dalam situasi ini, Mizz Nina yang menyusukan Musa dan saya yang berkahwin Mizz Nina. Maka dengan itu saya adalah penjaga dan ketua keluarga ini.”
Itu bukan nama sebenar Musa
Selain itu, Essam mendedahkan nama Musa yang didedahkan oleh Noh bukanlah nama sebenar Musa.
“Yang lebih utama, saya nak semua tahu bahawa nama yang didedahkan oleh Ex (Noh) di internet, bukanlah nama Musa. Dia beri maklumat palsu. Itu bukan nama sebenar Musa dan saya tidak akan dedahkan nama sebenarnya kerana kami mesti melindungi Musa. Kami mesti melindungi identitinya, nama, dan mengelak berkongsi maklumat mengenainya kepada umum.
Sebelum meninggalkan media, Essam sekali lagi mengulangi bahawa tiada anak yang sepatutnya diambil daripada penjaganya dan menyeru agar perbuatan seperti ini tidak dinormalisasikan di Malaysia.
“Orang boleh dengar cerita di sebelah pihak Ex, tapi inilah cerita sebenar (dari dirinya) yang perlu didengari. Semua dokumen undang-undang yang ada dari mahkamah, terima kasih kepada mahkamah, peguam, kerajaan dan orang ramai yang terus menyokong dan menyebelahi kami berbanding sebelah sana (Noh).
“Sekali lagi saya mengulangi, tiada anak yang sepatutnya diambil daripada penjaganya. Jangan normalisasikan perbuatan seperti ini di Malaysia,” katanya.
Sumber: Oh Bulan!