Ito Blues Gang sertai PKR | The Reporter

Ito Blues Gang sertai PKR

Ito Blues Gang sertai PKR cabang Titiwangsa.
Gambar: Facebook Syed Shah Syed Osman.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi legenda, Mohd Arif Hj. Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito Blues Gang, kini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menyerahkan borang keahlian kepada Cabang Titiwangsa.

Majlis penyerahan borang berlangsung pada 24 Ogos 2025 di Kings Hotel, Melaka, bersempena Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa. Borang kemasukan itu diterima oleh Dato’ Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, yang hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebagai simbolik penyertaan, Ito turut disarungkan sehelai kemeja berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman, yang menyifatkan kemasukan Ito sebagai suntikan semangat baharu buat parti.

“Sdr. Ito adalah reformis yang sekian lama bergerak di belakang tabir melalui dunia seni, menyumbang karya-karya ke arah pembentukan sahsiah masyarakat,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut memaklumkan bahawa Ito menyertai sesi permukiman selama dua hari sebagai langkah awal untuk lebih memahami hala tuju politik dan perjuangan parti.

Dengan penyertaan tokoh seni itu, PKR Cabang Titiwangsa berharap ia akan memperkukuh keterlibatan golongan seni dalam politik.

‘Semoga dengan kemasukan beliau ke Cabang Titiwangsa ini akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan menjadi pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan Madani,” katanya.

Related Posts