Istana Pahang nafi sebarang istiadat perkahwinan melibatkan Tengku Hassanal | The Reporter

Istana Pahang nafi sebarang istiadat perkahwinan melibatkan Tengku Hassanal

Sumber Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan.

Menerusi satu kenyataan, Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata hantaran palsu berkenaan dimuatnaik oleh seorang wanita di Instagram dengan menggunakan nama Faridah Daud (faridah.daud_1).

Dalam hantaran itu, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

Beliau juga memaklumkan, Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,’ tulis kenyataan itu.

Related Posts