Israel larang rakyatnya melarikan diri, bimbang hilang sokongan awam | The Reporter

Israel larang rakyatnya melarikan diri, bimbang hilang sokongan awam

Gambar hiasan suasana orang ramai di lapangan terbang Israel
Gambar hiasan | Kredit gambar: : Yossi Aloni/Flash90

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Israel larang rakyat keluar negara susulan serangan Iran.
• Hanya penerbangan masuk untuk misi menyelamat dibenarkan.
• Langkah ini dikatakan demi keselamatan, namun dilihat juga sebagai usaha kekalkan sokongan awam.

Kerajaan Israel mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk menghentikan penerbangan keluar bagi warga negara itu, termasuk penduduk penempatan haram (settlers), di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan Iran.

Arahan drastik ini dikeluarkan selepas Iran melancarkan serangan balas ke atas bandar-bandar utama seperti Tel Aviv dan Haifa, sekali gus memaksa lapangan terbang Ben Gurion menggantung penerbangan keluar dan hanya benarkan misi masuk sahaja.

Israel menyatakan ia sebagai langkah keselamatan, namun pemerhati antarabangsa berpendapat ia mungkin kerana bimbang rakyatnya mula hilang kepercayaan dan cuba melarikan diri.

Sumber seperti Haaretz dan WSJ turut melaporkan larangan ini termasuk rakyat Israel yang menetap di penempatan haram di Tebing Barat, kawasan yang sering menjadi punca konflik dengan Palestin.

Mengapa Israel larang rakyat tinggalkan negara?

Selain alasan keselamatan, penganalisis melihat langkah ini mungkin didorong kebimbangan dalaman, termasuk potensi kehilangan sokongan awam, moral tentera yang menurun atau imej negara yang mula runtuh jika ramai penduduk mula melarikan diri.

Dalam situasi krisis, kerajaan dilihat mahu mengelak panik besar-besaran, mengawal mobiliti rakyat dan pastikan hanya operasi menyelamat ke dalam negara diteruskan.

Related Posts