Ismail Lasim nafi Zahid terlibat usaha jatuhkan Tuanku Muhriz | The Reporter

Ismail Lasim nafi Zahid terlibat usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail Lasim menafikan dakwaan Ahmad Zahid terlibat usaha menjatuhkan Tuanku Muhriz
Gambar: Facebook Ismail Lasim

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menafikan dakwaan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Penafian itu dibuat susulan laporan sebuah portal berita bertarikh 8 September 2026 yang didakwa mengaitkan Zahid dengan usaha berkenaan.

Dalam kenyataannya, Ismail menegaskan bahawa beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Zahid selaku Presiden UMNO, selain seluruh barisan kepimpinan parti.

Menurut beliau, kepimpinan UMNO sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.

“Saya sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya.

Baca juga:

Ismail turut berharap isu yang berkaitan dengan adat di Negeri Sembilan dapat diselesaikan secara baik dan penuh hikmah.

Beliau berkata, penyelesaian terhadap isu berkenaan juga perlu dibuat mengikut lunas undang-undang bagi memastikan kestabilan serta keharmonian negeri terus terpelihara.

“Saya berharap isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan ini dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts