Ireland benam Israel 3-0, enggan berjabat tangan sebelum aksi | The Reporter

Ireland benam Israel 3-0, enggan berjabat tangan sebelum aksi

Pemain Republik Ireland memakai lilitan lengan hitam sebelum perlawanan menentang Israel.
Sebelum perlawanan bermula, pemain Ireland enggan berjabat tangan dengan pemain Israel dan memakai lilitan lengan hitam.

Republik Ireland menewaskan Israel 3-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA yang berlangsung di Debrecen, Hungary, pada Ahad, dalam perlawanan yang turut mendapat perhatian kerana tindakan pemainnya sebelum sepak mula.

Pemain Ireland tampil memakai lilitan lengan hitam bagi mengenang mereka yang terkorban dalam peperangan di Gaza. Mereka turut menundukkan kepala sepanjang lagu kebangsaan Israel dimainkan.

Kedua-dua pasukan tidak menjalani sesi berjabat tangan seperti kebiasaan sebelum perlawanan. Menurut AFP, mereka juga tidak bertukar panji pasukan.

https://twitter.com/Andalusrise/status/2104286779541160003?s=20
Baca juga:

Di atas padang, Troy Parrott membuka jaringan Ireland sebelum Adam Idah menggandakan kelebihan pasukan itu. Jack Moylan kemudian menjaringkan gol ketiga pada minit ke-25, sekali gus memastikan Ireland mendahului 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama. Keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

Pertemuan di Hungary itu berlangsung selepas wujud gesaan di Ireland supaya pasukan kebangsaan memboikot perlawanan menentang Israel susulan perang di Gaza. Bagaimanapun, Ireland meneruskan perlawanan tersebut selepas majoriti pemain mengundi untuk turun beraksi.

Sumber: AFP,Irish Times

Related Posts