Inspirasi dari sate bhalut, perkongsian resepi popia sate Che Sayang Kitchen tarik perhatian ramai - The Reporter

Inspirasi dari sate bhalut, perkongsian resepi popia sate Che Sayang Kitchen tarik perhatian ramai

Sumber Gambar: Instagram Che Sayang Kitchen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Malaysia terkenal dengan makanan tradisi yang enak dan menyelerakan. Bagi menarik minat generasi muda, pelbagai variasi dan inovasi dilakukan melalui makanan tradisi ini.

Sate antara menu popular zaman berzaman yang dimakan bukan sahaja ketika musim perayaan, malahan ketika majlis tertentu dan juga menu petang seisi keluarga.

Ketika ini pula, tular mengenai sate bhalut yang dijual oleh selebriti Mark Adam.

Bagi yang sukar untuk mendapatkan sate tersebut, pempengaruh yang dikenali sebagai chesayangkitchen berkongsikan resepi popia sate yang diinspirasikan melalui sate bhalut.

“Inti diletak ayam dan daging yang diperap dengan rempah sate.

“Kisarkan semua bahan kisar dan perapkan dengan ayam dan daging.

“Bahan-bahan yang digunakan untuk rempah sate adalah, 1/4 biji bawang besar, dua inci lengkuas, satu inci halia & kunyit hidup, empat ulas bawang putih, satu sudu biji ketumbar & jintan manis, satu sudu gula, garam dan perasa,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar menggunakan daging batang pinang untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut.

Resepi 2 minit tersebut perhatian ramai dan rata-rata ingin mencuba resepi yang telah dikongsikan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!