'Ini semua adalah scam' - Neelofa minta orang ramai jangan terperdaya dengan artikel palsu - The Reporter

‘Ini semua adalah scam’ – Neelofa minta orang ramai jangan terperdaya dengan artikel palsu

Selebriti Neelofa mengingatkan orang ramai terutama pengikutnya di media sosial tidak terperdaya dengan pautan (link) yang sedang tersebar di media sosial.

Dalam hantaran yang baru sahaja dikongsikan di Instagramnya hari ini, Neelofa memaklumkan artikel palsu itu mendakwa dia disaman oleh Bank Malaysia kerana membuat kenyataan tidak sepatutnya dalam program TV.

“Tolong kalau ada sesiapa yang baca (berita) ini kononnya berita dari The Star, ini semuanya adalah scam dan tolong jangan tekan link dalam artikel itu.

“Sudahlah interview itu totally diorang buat naratif sendiri. Dia nak cuba tipu orang Malaysia, mungkin.. dengan interview yang sangat fake.

“Dan link itu adalah link scam untuk curi duit orang. Jangan terperdaya dengan content artikel ini yang semuanya palsu. Ramai orang dah terperdaya dengan scammer ini, hati-hati.

“Ini adalah salah satu cara scammer nak cari jalan untuk yakinkan orang di luar sana yang kononnya saya buat duit melalui link ini,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen, ada beberapa netizen mengakui pernah membaca artikel palsu itu dan mempertikaikan kesahihannya.

“Dah baca semua dan saya rasa macam.. ‘Neelofa cakap macam ni? Takkan lah?’ terus rasa scam at all level,” kata netizen.

Sumber: Instagram Neelofa

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!