Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selain itu, netizen turut mendesak Ramadhan dan dua lagi rakannya meminta maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak bertamadun itu dan membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang dialami oleh pemilik premis penginapan berkenaan.
“Minta maaf saja, berhenti mencari 1,001 alasan untuk mempertahankan diri sedangkan dalam video sudah jelas menunjukkan siapa yang bersalah dan siapa yang sampai tangan dulu,” kata netizen.
Ekoran dari kejadian itu, pemilik penginapan berkenaan telah mengharamkan pelancong warga Malaysia tinggal di premis mereka. Dan difahamkan ini merupakan kejadian kali ketiga. Sebelum ini pihak penginapan Vitti Lodge juga telah mengharam pelancong dari Korea dan China.











