'Ini dah level pro!' - Ibu tak sangka anaknya berusia 10 tahun mampu hasilkan diorama yang sangat realistik - The Reporter

‘Ini dah level pro!’ – Ibu tak sangka anaknya berusia 10 tahun mampu hasilkan diorama yang sangat realistik

Sumber foto: TikTok Afzalizah Azizan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Diorama adalah replika binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi sebenar. Ada yang membuat diorama untuk tujuan pameran, manakala sesetengah individu pula menjadikannya sebagai hobi.

Tular di media sosial semalam, satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikatakan mampu menghasilkan diorama yang kelihatan sangat realistik.

Ibunya yang juga pengasas produk kecantikan, Afzalizah Azizan berkata, diorama berbentuk sebatang jalan raya di tepi laut itu dibuat oleh anaknya yang mengambil masa dalam beberapa minggu.

https://www.tiktok.com/@afzalizahazizan/video/7388105561507728648

“Hari Jumaat, selepas solat Jumaat memang dia duduk berkurung dalam bilik. Inilah hasil diorama yang dibuat oleh dia. Siap ada tiang elektrik, besi penghadang jalan, billboard, laut dan ombak. Di dalamnya juga ada pokok-pokok yang jatuh, daun, rumput.

“Saya terkejut dan kagum. Kalau korang bagi aku yang tua ni buat, minta maaf cakap. Sampai kiamat aku tak boleh hasilkan diorama macam ni.

“Saya paling terpukau dengan ombaknya yang kelihatan seperti yang sebenar. Umur dia baru 10 tahun, tak tahu dari mana dia dapat idea. Sebab saya dan suami bukan tangan berseni,” katanya.

Perkongsian video itu mengundang banyak reaksi netizen yang juga bagaikan tidak percaya dengan kemampuan Haziq.

‘Ini dah next level!’

‘Abang bagi rating 10/10!’

‘Asah lagi bakat dia, diorama boleh buat duit’

Sumber: TikTok Afzalizah Azizan

Total
0
Shares
Total
0
Share