Perkongsian berkaitan anak dan keperluan keluarga sering mencuri perhatian di media sosial, terutama apabila ia menyentuh soal kemampuan kewangan dan simpati masyarakat. Ada yang melihatnya sebagai luahan jujur, namun tidak kurang juga yang mula mempersoalkan maksud sebenar di sebalik perkongsian sedemikian.
Garis antara berkongsi dan meminta menjadi semakin kabur apabila luahan itu disertakan paparan barangan, harga serta kaedah bayaran sehingga mengundang persoalan sama ada ia sekadar cerita kehidupan atau satu bentuk harapan terhadap ihsan orang lain.
Situasi itu tercetus susulan satu perkongsian seorang wanita di Threads yang memaparkan pilihan beg sekolah berserta harga, selain menulis:
“Mana tau ada yang baik hati nak belanja anak solehah mummy beg ni. Bajet mummy beg RM20 lebih je, tapi kakak nak beg ini pulak. Semoga ada rezeki kakak. Mana tau ada geng Thread yang baik hati.”

Baca juga:
- Dituduh ‘cekik darah’ caj RM30 baiki kalkulator, lelaki tampil beri penjelasan
- Dua pelajar Korea Selatan curi tumpuan, raih keputusan cemerlang SPM
- Tiga lelaki ditahan dalam kes rusuhan bersenjata
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi, termasuk sokongan dan tawaran bantuan daripada pengguna lain.
Bagaimanapun, luahan berkenaan kemudiannya ditegur oleh seorang individu lain yang mengkritik pendekatan mendidik anak dengan membiasakan permintaan dan harapan terhadap orang luar.
“Kenapa eh tak ajar anak pakai je apa yang kita sebagai mak bapak sediakan. Makan apa yang mak bapak masak atas meja, waima ikan kering dengan nasi putih sekali pun jangan merungut itu ini.
“Boleh demand nak makan ayam hari ini mummy. Yes, boleh ditunaikan. Tapi bukan BERTUAN kan anak!!”
Beliau turut menyifatkan pendekatan tersebut sebagai satu bentuk budaya meminta, ‘pengemis moden’ yang semakin dinormalisasikan.
Isu ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ada yang mempertahankan atas dasar empati dan ada juga yang berpandangan bahawa sikap terlalu mudah bersimpati hanya mengaburkan tanggungjawab sebenar ibu bapa.
Baca juga:
- Netanyahu kritik tindakan Ben-Gvir terhadap aktiviS GSF
- Rakaman dron Haroqs jadi bukti dunia, dedah detik cemas sebelum diserbu tentera Israel
- Bisnes merosot, Zul Yahya dedah anak isteri terpaksa bermalam di kedai
Simpati masyarakat bukan lesen untuk mengajar anak meminta. Jika ibu bapa sendiri gagal menetapkan batas, jangan salahkan dunia apabila anak membesar dengan mentaliti berharap ihsan orang lain.
Media sosial bukan tempat mengemis secara berselindung dan anak bukan alat untuk meraih simpati. Didikan bermula di rumah, bukan di ruangan komen, bukan dengan QR dan bukan dengan ayat “mana tau ada yang baik hati”.











