'Ini amaran terakhir!' - King Sing arah samseng keluar dari Bintulu - The Reporter

‘Ini amaran terakhir!’ – King Sing arah samseng keluar dari Bintulu

Tiong King Sing
Sumber Gambar: Facebook Datuk Seri Tiong King Sing

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan video tular yang memaparkan serangan ganas yang dilakukan oleh kumpulan samseng menggunakan gunting di Bintulu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memberikan amaran kepada kumpulan samseng agar meninggalkan bandar Bintulu.

Beliau dimaklumkan individu yang terbabit dalam kejadian itu sudah menyerah diri kepada polis dan menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali dan pasukannya supaya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebook, King Sing menegaskan beliau tidak mahu lagi melihat insiden berkenaan berulang. Ujarnya, sekiranya tidakan ke atas kumpulan berkenaan tidak dilakukan sekarang, mereka akan berasakan boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam.

“Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat aksi ganas berulang lagi dan saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng supaya beredar sebelum terlambat.

“Jika anda terus melanggar undang-undang dan menimbulkan masalah, anda perlu menghadapi akibatnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kumpulan samseng.

“Ada orang yang mengaitkan saya dulu, memfitnah yang saya ada kaitan dengan samseng.

“Biar saya jelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh undang-undang dan tidak akan pernah bertolak ansur dengan keganasan atau jenayah dan saya tidak akan melindungi individu yang melanggar undang-undang.

“Tidak kira siapa yang saya jumpa, nasihat saya sentiasa sama, patuhi undang-undang dan pilih jalan yang betul,” katanya.

Total
0
Shares
Total
0
Share