Influencer diserang Cheetah, netizen kata 'Padan muka' - The Reporter

Influencer diserang Cheetah, netizen kata ‘Padan muka’

Nouman Hassan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang penghasil kandungan dari Pakistan, Nouman Hassan, dikecam di media sosial selepas memuat naik video di mana dia diserang oleh haiwan peliharaannya, Cheetah.

Difahamkan, Nouman mempunyai beberapa haiwan liar dijadikan sebagai haiwan peliharaan, termasuk harimau, ular dan buaya.

Dalam video terbaru, Nouman dilihat duduk di sofa bersama seorang lelaki lain, sementara Cheetah itu duduk di sebelahnya. Apabila Nouman membelai haiwan itu di kepalanya, ia tiba-tiba mencakarnya, menyebabkan Nouman terkejut dan terus bingkas berdiri.

Nouman kerap dikritik oleh netizen kerana memelihara haiwan liar yang orang ramai anggap sebagai kejam.

“Sangat kejam untuk haiwan cantik ini. Ia sepatutnya berada di habitat semulajadinya. Sangat kejam,” kata netizen.

“Kenapa pihak berkuasa benarkan haiwan liar seperti ini dibela? Selayaknya mereka (pemilik) diserang,” tambah netizen lain.

Nouman Hassan mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut di Instagram dan 9.35 juta pelanggan di YouTube.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!