Influencer 'Boss Mario' hilangkan diri sebab tertekan nak fikir bonus 22 pekerja | The Reporter

Influencer ‘Boss Mario’ hilangkan diri sebab tertekan nak fikir bonus 22 pekerja

Kehilangan misteri seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Boss Mario akhirnya terungkai apabila didapati selamat menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka Raya.

Difahamkan, kehilangan beliau berkait dengan tekanan menguruskan kedai dan memikirkan bonus pekerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Christopher Patit berkata, Boss Mario atau nama sebenarnya Yew Boon Xiang, 30, ke pusat perubatan itu menggunakan perkhidmatan e-hailing yang disedari abangnya, Yew Boon Teck, 31.

“Abangnya mengesan akaun e-hailing adiknya ada membuat tempahan ke hospital swasta itu dan segera menghubungi mereka yang mengesahkan adiknya dimasukkan ke wad.

“Siasatan mendapati Boon Xiang mengaku menghilangkan diri sejak Jumaat lalu kerana tertekan untuk menguruskan dua kedai telefon bimbitnya dan mahu beri bonus kepada 22 pekerjanya.

“Dia juga mengaku tinggal di rumah kosong terbiar di Klebang sejak dua hari lalu,” katanya.

Bagaimanapun keadan Boss Mario dilaporkan stabil dan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

Sumber Gambar: Malaysia Gazette

Terdahulu, tular di laman sosial tentang kehilangan Boss Mario dan kereta jenis Honda City miliknya ditemui di Pantai Klebang dalam keadaan berkunci.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts