Influencer Alif Teega mengaku berkahwin lagi, ketika isterinya, Aisyah Hijanah, sedang hamil 5 bulan - The Reporter

Influencer Alif Teega mengaku berkahwin lagi, ketika isterinya, Aisyah Hijanah, sedang hamil 5 bulan

Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenar, Mohd Hazalif Mohd Hazani, mengakui telah berkahwin dengan wanita lain dalam satu pengumuman melalui hantaran di Instagram.

Menurut Alif, pengumuman itu dibuat untuk mengelakkan sebarang fitnah terhadap dia dan keluarga.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah.

“Terima kasih khususnya kepada isteri saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang telah berlaku ini, tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang subhanallah kuatnya luar biasa. Saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,” katanya.

Sementara itu, tular satu gambar yang memaparkan maklumat mengenai pernikahan pasangan berkenaan yang dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Berdasarkan dokumen yang bocor di TikTok itu, Alif bernikah dengan isteri keduanya, Fatin, pagi Selasa, 21 November lalu oleh jurunikah Hj Sakriya Binsalaeh di hadapan dua saksi.

Sehari sebelum pengumuman itu dibuat, Alif berkongsi ucapan selamat ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam. Dalam ucapan itu, Alif berterima kasih di atas pengorbanan Aisyah dan bersyukur menjadi suami kepada wanita berkenaan.

“Sepanjang enam tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapan ku. Tapi Aisyah masih di sini, sabar dan redha dan serah semuanya pada Allah. Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga,” katanya.

Bagaimanapun, netizen menyelar tindakan Alif yang dikatakan tidak berhati perut kerana sanggup menduakan Aisyah yang sedang hamil anak mereka.

“Kaulah lelaki paling hina. Dah la anniversary month, bini kau pula mengandung. Yang kau tak sabar nak pasang agi satu. Ei jijiklah jantan macam kau ni. Muka dah lamacam penunggang agama. Acah-acah kena buatan orang la, rupanya kau yang miang memang nak kahwin lagi. Bar senang sikit dah meraban nak pasang dua. Bodoh, kau ingat bini kau tak ada perasaan ke?” kata Nita Addy.

Awal November lalu, Alif mendakwa dia terkena sihir pemisah selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Aisyah ada bawa saya pergi berubat. Tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang Ain, jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah,” katanya sebelum ini.

Sumber: Instagram Alif Teega

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!