Individu kritik lagu baharu tak sedap, Datuk Siti Nurhaliza tampil jawab kritikan, 'Takde sedap atau tak sedap' - The Reporter

Individu kritik lagu baharu tak sedap, Datuk Siti Nurhaliza tampil jawab kritikan, ‘Takde sedap atau tak sedap’

Sumber gambar : Instagram CTDK

Jumaat lalu, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ditelah dijemput untuk mendendangkan lagu baharunya berjudul Romansa Kita di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

Difahamkan, lagu baharu itu adalah daripada album terbarunya, Sitism, dan buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum.

Namun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan kualiti vokal Siti Nurhaliza yang didakwa tidak sedap.

“Tak sedap lagu Dato malam tadi. Suka lagi lagu Dato yang dulu-dulu lagi. Bukan tak mengikut peredaran semasa. Tapi entahlah, better Dato stay je la dengan persembahan dan lagu-lagu Dato dulu,” kata netizen.

Sumber gambar: Portal Murai

Komen tersebut menarik perhatian Siti yang kemudian menegaskan bahawa karya kreatif itu adalah subjektif.

“Tak ada sedap atau tak sedap. Pengkarya menghasilkan muzik mereka. Hargai komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman,” katanya.

Sumber gambar: Portal Murai

Sementara itu, pengurusnya, Rozi Abdul Razak juga menjelaskan suara Datuk Siti mengambil masa untuk pulih 100 peratus.

“Sebenarnya situasi seperti ini bukan hanya dialami oleh Datuk Siti, malah turut dialami oleh artis-artis tempatan dan antarabangsa. Dan ia tidak memakan masa setahun untuk baik.

“Dia ada masalah dan tidak perlu didedahkan. Alhamdulillah dia masih menyanyi cuma dalam kondisi yang termampu dan kita tidak ada memaksa apa-apa,” ujarnya.

@m.s.zone

Beri Siti masa. dia pun manusia biasa, ada fasa perubahan. 27 tahun non stop menghiburkan; bila keadaan dia tak mengizinkan, korang kutuk dia ramai2.. itu ke namanya peminat? hidup ni mudah je kalau buat mudah. rasa suara dia dah tak sedap di telinga, stop dengar. rasa tak nak minat, itu pilihan sendiri. #sitinurhaliza #fypシ #sitism

♬ original sound – ꪑᦓ – ꪑᦓ

Sumber: Murai, M.S.Zone

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!