Imbas kod QR jadi syarat beli minyak masak peket subsidi | The Reporter

Imbas kod QR jadi syarat beli minyak masak peket subsidi

Datuk Dr Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN, bersama visual kod QR dan bungkusan minyak masak subsidi.
KPDN bakal wajibkan imbas kod QR sebelum beli minyak masak peket subsidi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperkenalkan sistem baharu bagi mengawal ketirisan minyak masak peket bersubsidi, termasuk pembelian oleh warga asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sistem yang sedang diuji itu menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS), yang akan menghubungkan pemborong, peruncit dan pengguna.

Imbas Kod QR sebelum beli

Menurut Fuziah, pengguna perlu mengimbas kod QR terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat pembelian. Semakan akan dibuat bagi memastikan pembeli adalah warganegara Malaysia.

“Langkah ini bukan sahaja mengekang ketirisan, malah memberi jaminan bahawa barangan kawalan seperti minyak peket benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, bukan warga asing,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Negara.

Baca juga:

Beliau turut memaklumkan, pendekatan sama akan diperluas kepada pembelian petrol.

“Insya-Allah, tidak lama lagi bagi pembelian RON95, semakan kad pengenalan akan dilakukan di stesen minyak,” jelasnya.

Kawalan subsidi barang keperluan

Fuziah menjelaskan setiap barangan kawalan mempunyai isu unik masing-masing. Untuk gula, bekalannya masih stabil, namun bagi minyak peket, rakyat sering mengadu kesukaran mendapatkan stok kerana pembelian oleh warga asing.

“Dengan sistem imbasan kod QR ini, strategi kawalan akan lebih tersusun supaya subsidi kerajaan tidak bocor ke pihak yang tidak layak,” tegasnya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts