Ibu Zara Qairina ucap tahniah atas pelantikan Marhamah Rosli | The Reporter

Ibu Zara Qairina ucap tahniah atas pelantikan Marhamah Rosli

Ibu Zara Qairina ucap tahniah kepada Marhamah Rosli atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama
Gambar: Facebook Parlimen Malaysia.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri digugurkan, selain kemunculan beberapa wajah baharu bagi memperkukuh pentadbiran negara.

Dalam rombakan tersebut, aktivis dan tokoh agama, Marhamah Rosli diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), satu pelantikan yang menerima perhatian serta reaksi positif daripada pelbagai pihak.

Antara yang menzahirkan ucapan tahniah ialah Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Noraidah mengimbas jasa serta keprihatinan Marhamah yang banyak membantu dan memberikan kekuatan kepadanya sepanjang tempoh getir tersebut.

“Alhamdulillah. Tahniah puan, banyak jasa puan ini kepada saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya,” tulisnya.

Baca juga:

Pada hantaran itu juga, Noraidah menegaskan sokongannya terhadap tuntutan keadilan dengan laungan #JusticeForZara.

“#JusticeForZara masih bergema,” tegas Noraidah.

Terdahulu, Marhamah merupakan antara individu yang tampil memberikan sokongan moral dan bantuan kepada Noraidah selepas anaknya, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah agama di Papar, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Pelantikan Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bukan sahaja dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan serta sumbangan beliau dalam kerja-kerja advokasi dan kebajikan, malah turut diharapkan dapat membawa suara keadilan dan keprihatinan rakyat ke peringkat pentadbiran tertinggi negara.

Related Posts