Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam kegelapan malam, seorang ibu sanggup menunggang basikal menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk menyelamatkan anaknya yang diserang sawan.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok menunjukkan, wanita tersebut gigih mengayuh basikal melalui jalan kampung yang gelap, sambil diekori oleh ambulans menuju ke rumahnya.
Menurut Danial Haikal, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan dari pengadu yang memaklumkan anaknya mengalami sawan. Bertindak di atas maklumat, ambulans telah dikerahkan ke lokasi. Malangnya, mereka mengalami kesukaran untuk mencari rumah pengadu di tengah kepekatan malam.
“Kami inform caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab susah nak cari rumah dia.
“15 hingga 20 minit kemudian dia datang dan kami agak terkejut sebab si ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap serta meminta maaf sebab terlambat. Lalu dia tunjukkan jalan kami ke rumahnya.
“Saya cuba pujuk dia untuk naik ambulans dan bawa basikal. Tetapi dia menolak dan mahu mengayuh basikal. Kami pun ikutlah dia.
“Rumahnya agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit. Saya yang ada di dalam ambulans ini pun sebak tengok ibu ini sanggup berkayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit,” katanya.
Video yang dikongsi itu mencetuskan gelombang reaksi daripada netizen, yang sebahagian besarnya tersentuh hati dengan pengorbanan seorang ibu dalam usaha mendapatkan bantuan untuk anaknya.
Ibu sanggup buat apa sahaja untuk anak

Menitis air mata

Nyawa pun sanggup dikorbankan untuk anak









