Ibu & anak terjatuh dari motosikal, dihempap dahan pokok reput | The Reporter

Ibu & anak terjatuh dari motosikal, dihempap dahan pokok reput

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malang tak berbau, empat beranak yang menaiki motosikal dihempap dahan pokok yang sudah mereput ketika melalui Jalan Bukit Putus, Seremban pada Selasa.

Berdasarkan video dashcam yang tular di media sosial, kejadian itu menyebabkan pembonceng iaitu wanita dan kanak-kanak perempuan terjatuh.

Sebuah kereta Proton Saga yang lalu berada bersebelahan dengan motosikal itu turut dihempap dahan pokok dan sempat memberhentikan kenderaannya daripada melanggar dua beranak berkenaan.

Menurut netizen, empat beranak tu dalam perjalanan membuat penghantaran makanan menggunakan motosikal tersebut yang merupakan satu-satunya kenderaan yang ada. Mereka selalu berulang alik dari Kuala Pilah ke Seremban.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts