'I tak nak suami dalam labour room' - Isteri hamil alami kemurungan, suami kerap beritahu nak kahwin lagi - The Reporter

‘I tak nak suami dalam labour room’ – Isteri hamil alami kemurungan, suami kerap beritahu nak kahwin lagi

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang wanita hamil yang bakal bersalin tidak lama lagi, telah meluahkan perasaan kebimbangan yang dialaminya. Wanita berkenaan yang enggan didedahkan namanya itu, telah memilih untuk tidak membenarkan suaminya berada di Dewan Bersalin.

Difahamkan, ibu hamil itu mengalami kemurungan sejak enam bulan yang lalu kerana suaminya kerap menyebut tentang hasratnya untuk berkahwin kali kedua pada penghujung tahun ini.

“I’m giving birth next week. Tapi I tak nak my husband ada kat labour room. Boleh ke?

“I’ve been a bit depressed the past 6 months sebab husband ada mention nak kahwin lagi hujung tahun ini.

“I sometimes okay, sometimes tidak. But the past six months diorang message everday. So as a wife, I jealous walapun dia cakap lima minit je or tak sampai lima chats je,” katanya.

‘I already feel dead inside’

Jelasnya lagi, dia membayangkan dirinya sedang menahan sakit yang teramat sangat, sementara suaminya menghantar mesej kepada wanita lain untuk memberi kemas kini tentang proses kelahirannya.

“I can imagine I tengah sakit separuh mati, but dia message that girl to update my labour progress dan I rasa akan feel shittier and end up give up nak meneran. And then I mati kat katil hospital tu as it is, I already feel dead inside.

Pernah terlintas di fikiran untuk berbincang mengenai perkara itu, namun dia bimbang jika suaminya berkecil hati.

Walau bagaimanapun, wanita yang bakal menjadi ibu ini berharap netizen tidak mengutuk suaminya. Sebaliknya memberi semangat dan pandangan positif untuk berdepan perkara itu.

“I nak discuss pasal ni but just wondering ok ke? Dia terasa ke kalau i tak nak him around during my most vulnerable time?

“Beri i semangat ya, and minta tolong jangan kutuk husband i. i yang weak dalam hal ini,” ujarnya.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!