Hening Rindu nyanyian Marsha dinobatkan juara AJL39 - The Reporter

Hening Rindu nyanyian Marsha dinobatkan juara AJL39

Marsha Milan
Sumber Gambar: Instagram Marsha Milan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Terlerai sudah teka-teki yang bermain di fikiran peminat hiburan tempatan, apabila lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna membawa pulang hadiah utama bernilai RM100,000 beserta trofi.

Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini ciptaan lagu dan lirik Hael Husaini dan Iqie Hugh pula menduduki tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga yang membawa pulang RM30,000 berserta trofi dimenangi oleh Akim & The Majistret yang membawakan lagu Saksama ciptaan Akim & The Majistret dan lirik Bunga Cantik

Dalam pada itu Anugerah Vokal Terbaik pula dimenangi oleh Ernie Zakri dengan lagu Aura yang membawa pulang RM12,000 beserta trofi manakala bagi Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lau Puas Sudah.

Nyanyian Marsha Milan pada malam tadi juga membuai perasaan penonton. Sebaik sahaja menamatkan persembahan, rata-rata penonton berdiri dan memberikan tepukan gemuruh buat Marsha.

Kelihatan juga, Talita anak kepada Shuib, gagal menahan sebak mendengar nyanyian daripada Marsha.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, Marsha meluahkan rasa syukur dengan kemenangan yang dimiliki.

“MasyaAllah Tabarakallah, Terima kasih Ya Allah atas limpah rahmat dan izin Mu. This journey and success will not be possible with every souls Allah sent me that has been with me side by side to push me through and pull me up.

“Alhamdulillah syukur, tahniah dan terima kasih yang tak terhingga marsha ucapkan buat Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh yang mencipta lagu yang sangat istimewa hingga terbawa emosi yang tak dapat marsha sembunyikan.

“Perancangan Allah itu hebat, akhirnya malam ini menjadi satu sejarah manis dalam perjalanan marsha dalam industri muzik tanah air. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Total
0
Shares
Total
0
Share