Harith Iskander, Dr Jezamine bercerai talak satu - The Reporter

Harith Iskander, Dr Jezamine bercerai talak satu

Sumber Gambar: Hazreen Mohamad/ Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selebriti Harith Iskander dan isteri Dr Jezamine Lim dilaporkan sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak mereka memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang sudah diselesaikan pada masa yang sama.

“Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama.

“Manakala nafkah membabitkan anak-anak juga sudah selesai tadi. Tapi untuk permohonan Hadanah akan diadakan minggu hadapan,” katanya.

Dalam pada itu Akberdin turut memaklumkan punca penceraian selebriti berkenaan disebabkan tiada persefahaman.

“Punca dia biasalah tiada persefahaman, semua berjalan secara baik dan mereka juga masih bersahabat baik demi anak-anak, tiada apa-apa masalah,” katanya.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14; Alessandra Jayne, 11; dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share