Harga karipap RM2.50 di bazar Ramadan cetus siasatan KPDN | The Reporter

Harga karipap RM2.50 di bazar Ramadan cetus siasatan KPDN

Harga karipap RM2.50 di bazar Ramadan cetus siasatan KPDN
Isu harga karipap RM2.50 di bazar Ramadan terus jadi perhatian selepas KPDN jalankan siasatan | Gambar: FB KPDN WPKL

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dakwaan harga sebiji karipap mencecah RM2.50 di sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur mencetuskan perhatian ramai sehingga mendorong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan itu dilakukan susulan aduan tular di media sosial yang mempersoalkan kadar harga makanan di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Harga dipamer jelas, tiada kenaikan tahun ini
Pegawai Penguatkuasa KPDN WPKL datang membuat pemeriksaan di lokasi | Gambar: FB KPDN WPKL

Menurut KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemeriksaan mendapati peniaga telah memaparkan tanda harga dengan jelas di gerai berkenaan.

Harga jualan ditetapkan sebanyak RM10 bagi empat biji karipap untuk setiap jenis, termasuk kentang, sardin, ayam dan daging.

Seorang pekerja gerai memaklumkan bahawa harga tersebut kekal sama seperti tahun 2025 dan tidak dinaikkan pada tahun ini, walaupun pembekal karipap sejuk beku telah menaikkan kos bekalan.

Hasil semakan awal juga mendapati tiada unsur kenaikan harga secara sewenang-wenangnya dilakukan oleh peniaga setakat ini.

Baca juga:

Notis rasmi dikeluarkan untuk semakan lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci, KPDN telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Notis itu melibatkan lima unit stok simpanan (SKU) iaitu Karipap Kentang, Sardin, Ayam, Daging dan Daging BP.

Pihak yang disiasat diberikan tempoh tiga hari bekerja sehingga 25 Februari 2026 untuk mengemukakan maklum balas berkaitan struktur penetapan harga dan kos operasi.

KPDN turut menegaskan bahawa pemantauan akan diteruskan sepanjang Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan serta melindungi hak pengguna daripada sebarang bentuk pencatutan.

Sumber: KPDN WPKL

Related Posts