Tular harga 2 minuman RM10, KPDN Melaka beri ‘hint’ | The Reporter

Tular harga 2 minuman RM10, KPDN Melaka beri ‘hint’

Hantaran Facebook KPDN Melaka beri hint isu harga 2 minuman RM10 di Banda Hilir.
Gambar: Facebook KPDN Melaka.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial luahan seorang pengunjung yang tidak berpuas hati selepas dikenakan caj RM10 untuk dua minuman ketika membeli di sebuah kedai di kawasan tarikan pelancong sekitar Melaka.

Pengunjung berkenaan mendakwa dua kali bertanya harga kepada penjual, namun jawapan tetap sama iaitu “Ya, RM10 untuk dua air ni.”

“Fuhhh! Melakau betul… Agak-agak berapa harga air mineral dan berapa pula harga untuk air tin kalau kedua-duanya jadi RM10? Disebabkan terlalu haus, saya terpaksa pasrah juga untuk membayarnya,” tulisnya di media sosial.

Kisah tersebut segera menarik perhatian netizen yang menyifatkan harga berkenaan keterlaluan, lebih-lebih lagi kerana kawasan itu sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Baca juga:
KPDN masuk dengan ‘posting sindiran’

Menariknya, isu itu turut mendapat reaksi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka yang membuat hantaran di Facebook rasmi mereka dengan nada sindiran.

“Cantik kapal ni, warna ‘purple’ pulak tu. Tapi HAUS lah. Katanya ada benda viral kat sini,” katanya.

Melalui hantaran itu, KPDN jelas mahu memberi bayangan bahawa pihaknya sedang memantau isu harga minuman yang diperkatakan di lokasi berkenaan.

Dalam ruangan komen hantaran berkenaan, netizen meminta supaya KPDN mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang tidak mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Related Posts