Telatah 'Mek Kecik' ke bazar Ramadan curi tumpuan | The Reporter

Telatah ‘Mek Kecik’ ke bazar Ramadan curi tumpuan

Bazar Ramadan
Mek Kecik bersemangat mahu ke bazar Ramadan di Machang, Kelantan. Gambar: Tangkap layar TikTok winccy5

Bazar Ramadan bukan hanya menjadi tumpuan masyarakat Melayu sahaja, malahan jadi tarikan pelbagai kaum. Hanya setahun sekali, pelbagai juadah makanan dan minuman pelbagai jenis didapati di bazar Ramadan.

Berkunjung ke bazar Ramadan juga bukan hanya menahan nafsu daripada berbelanja secara berlebihan, malahan keterampilan juga perlu dijaga. Dalam erti kata lain, berpakaian sopan dan menutup aurat.

Satu video yang dikongsikan oleh winccy5 ini menarik perhatian ramai. Seorang kanak-kanak berbangsa cina dirakam teruja untuk pergi ke bazar Ramadan.

@winccy5

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari ni mek kecik keno belanjo Roti John sek awok. Jom bazar Ramadan Bandar Mache #sekkitojangepecoh #ketereh #spare #kctautopartssupply #kelate

♬ Ramadan – Lux-Inspira

Namun, apa yang menjadi tumpuan apabila kanak-kanak ini yang dipanggil ‘Mek Kecik’ ini menyatakan perlu berseluar panjang dan menutup aurat apabila mahu ke bazar Ramadan.

“Mek Kecik, kenapa kita kena pakai seluar panjang kalau nak ke bazar?” soal ibunya.

Mek Kecik yang petah menggunakan loghat Kelantan itu menjawab dengan spontan soalan ibunya.

“Tutup aurat,” jawabnya ringkas.

Mek Kecik yang bersemangat mahu ke bazar Ramadan di Machang itu meraih pujian ramai kerana faham dan menghormati agama Islam. Dalam pada masa yang sama, netizen turut memuji sikap ibu kanak-kanak berkenaan yang berjaya mendidik anaknya menghormati agama lain.

Related Posts