Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh Prince Syed atau nama sebenar, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 36, telah menzahirkan rasa penghargaan terhadap isterinya dengan cara yang cukup istimewa dan mewah.
Syed mengambil inisiatif untuk menjahit sendiri tudung eksklusif dihiasi dengan 12,500 batu kristal Swarovski untuk isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 26. Tudung tersebut yang bernilai RM35,000 itu mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan.
Menurutnya, tudung tersebut bukan hanya sekadar pakaian tetapi juga simbol penghargaan dan kasih sayang kepada isterinya yang telah banyak berkorban. Malah, ini adalah kali pertama beliau mencuba mereka tudung walaupun sebelum ini dia lebih dikenali dengan rekaan baju raya.
Sedar tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, sehingga ada yang menuduhnya riak atau menunjuk-nunjuk. Syed menegaskan niatnya adalah murni dan ingin berkongsi kebahagiaan serta menginspirasi suami lain untuk menghargai pasangan masing-masing.
“Bukan niat saya untuk riak, takbur jauh sekali ujub, tapi kalau berkemampuan, tak salah rasanya berkongsi dengan pasangan sebab saya pun tumpang rezeki dan kesenangannya.
“Tanpa sokongannya pun, saya mungkin tak sampai tahap ini. Jadi sebagai tanda menghargai pengorbanannya, apa salah saya melabur.
“Bukan orang lain pun, tapi pasangan sendiri dan diharap dengan apa yang dipamerkan itu dapat mengajak suami lain menghargai pasangan mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro