Hafizul Harawi diberkas di Kota Bharu | The Reporter

Hafizul Harawi diberkas di Kota Bharu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari sudah ditahan.

Suspek dilaporkan telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 3 petang tadi.

“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, suspek telah melepaskan dua das tembakan untuk disasarkan kepada isterinya, namun begitu satu das telah tersasar. Satu lagi das tembakan telah mengenai pengawal peribadi isterinya.

Susulan itu, suspek terus melarikan diri menaiki kereta jenis Honda City.

Dalam pada itu juga, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis. Katanya, dia perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang telah dilakukannya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts